Sunday 25 February 2018

Kemas Makmal Aplikasi

Pada 21 febuari 2018 semua pelajar diarahkan oleh Encik Afzan untuk pergi ke makmal aplikasi untuk melakukan Priventive Maintenance .Arahan yang diberikan kurang jelas kepada pelajar disesabkan itu pelajar telah melakukan kesilapan dengan membawa keluar kesemua pc untuk dibersihkan tanpa mengenal pasti kedudukan asal pc tersebut .Mereka menyangkakan arahan yang diberikan adalah mengeluarkan kesemua pc padahal sebaliknya .Arahan yang sebetulnya diberikan oleh Encik Syahrul adalah mengeluarkan satu persatu pc untuk dibersihkan di luar makmal tersebut bukannya mengeluarkan semua sekali gus.

Sebahagian pelajar melakukan pembersihan dalaman pc dan sebahagian lagi melakukan pembersihan perkakasan luaran seperti mouse,keyboard,moniter dan sebagainya .Selepas selesai pembersihan semua pelajar mengambil satu pc untuk melakukan POST Test bagi mengenal pasti komputer boleh dihidupkan .Selesai sudah melakukan POST Test semua pelajar haruslah membersihkan habuk di meja pada setiap pc tersebut .

Akhir sekali ,Encik Afzan mengarahkan semua pelajar untuk menggulung kabel secara seragam dan kemas. Setelah selesai melakukan pembersihan Encik Afzan membenarkan semua pelajar untuk pergi rehat tengah hari .

No comments:

Post a Comment