Saturday 17 February 2018

ISU BERKENAAN PEMBELIAN









     1.Apakah Cara Bagi Meningkatkan Kesedaran Kepenggunaan?

Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:
  • Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat
  • Mengubah tanggapan negatif kepada positif
  • Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah
    keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial
    yang berpusat dan mampan
  • Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna
  • Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud
  • Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan
  • Tahu hak dan tanggungjawab pengguna


     2 .Bagaimana Menjadi Pengguna Yang Bijak?

 Terdapat empat teras untuk menjadi pengguna bijak:
  • Membeli barangan berkualiti
  • Membuat perbandingan harga
  • Memilih perkhidmatan terbaik
  • Membuat pilihan yang tepat
       3. Apakah Hak-Hak Pengguna?

  • Hak untuk mendapat keperluan asas
  • Hak untuk membuat pilihan
  • Hak untuk mendapatkan maklumat
  • Hak untuk mendapat ganti rugi
  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
  • Hak untuk menyuarakan pendapat
  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

No comments:

Post a Comment