Tuesday 17 April 2018

PERKONGSIAN DARI SYARIKAT FULKRUM NET

Pada 12/2/2018 semua pelajar diarahkan untuk pergi ke makmal ICT untuk mendengar perkongsian dari syarikat Fulkrum Net. Orang yang memberi perkongsian itu bernama Encik Izat . Encik Izat memberi banyak perkongsian tentang software dalam bidang IT . Dalam perkongsian itu Encik Izat memberikan cara bagaimana pelajar ingin menambahkan minat berkenaan sofware supaya pelajar tidak takut atau kekok apabila mendapat kerja tentang sofware.

MENGISI MASA LAPANG

Pada Rabu minggu lepas kami beramai-ramai telah membincang untuk pergi tengok wayang semasa pulang dari kelas .Kami bercadang untuk menonton cerita Dukun yang bertempat di  Pacific kerana cerita Dukun itu ditayangkan  pada pukul 5.30 petang. Apabila sampai di Pacific kami menaiki lif dan terus membeli tiket..Masa tayangan cerita dukun itu lebih kurang sejam lebih





Cerita yang kami tonton itu mengisahkan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam .Selepas sejam berlalu akhirnya cerita dukun itu telah habis ditayangkan dan kami semua bergegas pulang ke rumah masing-masing .Akhir sekali ,saya berasa seronok dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan .



NADIA BRITHDAY

Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera , hadirnya saya disini untuk berkongsi satu kisah pada tahun 2017 tentang sambutan hari jadi Nadia pada 10/11/17. Pada pagi tersebut kami telah datang lewat ke kelas kerana ingin pergi ke klinik dan pada saat itu kami telah membuat perancangan untuk membeli kek .




 Kami telah membuat banyak perancanga apabila sampai ke IlP supaya perancangan yang kami buat itu berjalan dengan lancar.kami menyambut hari jadinya pada pukul 12:00 tegahari pada hari jumaat yang bertempat di bilik rehat wanita.Perancangan yang kami rancang telah berjalan dengan lancar. 




                                                                                       

FIT MALAYSIA

Hai Assalamualaikum , Hadirnya saya disini ingin kongsikan satu cerita tentang larian FIT MALAYSIA  .Pihak Institut ILP Perai telah megumumkan kepada semua pelajar sem 1 dan sem 2 wajib untuk pergi ke Fit Malaysia pada 7 April 2018 di Politeknik seberang Perai sebagai hari ganti kelass pada hari sabtu.





Wednesday 28 February 2018

HTML








Hari ini saya telah menyiapkan soalan dalam Solo Learn berkenaaan HTML .


Sunday 25 February 2018

Kemas Makmal Aplikasi

Pada 21 febuari 2018 semua pelajar diarahkan oleh Encik Afzan untuk pergi ke makmal aplikasi untuk melakukan Priventive Maintenance .Arahan yang diberikan kurang jelas kepada pelajar disesabkan itu pelajar telah melakukan kesilapan dengan membawa keluar kesemua pc untuk dibersihkan tanpa mengenal pasti kedudukan asal pc tersebut .Mereka menyangkakan arahan yang diberikan adalah mengeluarkan kesemua pc padahal sebaliknya .Arahan yang sebetulnya diberikan oleh Encik Syahrul adalah mengeluarkan satu persatu pc untuk dibersihkan di luar makmal tersebut bukannya mengeluarkan semua sekali gus.

Sebahagian pelajar melakukan pembersihan dalaman pc dan sebahagian lagi melakukan pembersihan perkakasan luaran seperti mouse,keyboard,moniter dan sebagainya .Selepas selesai pembersihan semua pelajar mengambil satu pc untuk melakukan POST Test bagi mengenal pasti komputer boleh dihidupkan .Selesai sudah melakukan POST Test semua pelajar haruslah membersihkan habuk di meja pada setiap pc tersebut .

Akhir sekali ,Encik Afzan mengarahkan semua pelajar untuk menggulung kabel secara seragam dan kemas. Setelah selesai melakukan pembersihan Encik Afzan membenarkan semua pelajar untuk pergi rehat tengah hari .

Kenangan Pahit

Hai Assalamualaikum awak-awak semua , hadirnya saya disini ingin berkongsi satu kenangan pahit yang telah terjadi pada saya sewaktu di sekolah . Waktu pagi di perhimpunan pada hari persekolahan tahun 2014 berlaku suatu tragedi pahit iaitu saya telah mengalami satu kemalangan yang melibatkan bahu dibelah kanan saya patah akibat pengsan. Hal ini berlaku kerana hari sebelumnya saya tidak makan seharian dan pada pagi tersebut saya tidak sarapan pagi sebelum saya pergi ke sekolah yang mengakibatkan saya pengsan pada hari tersebut .


Akibat merasa kesakitan pada bahu kanan, pihak sekolah membenarkan saya pulang ke rumah . Selepas saya pulang bahu kanan saya terasa amat sakit akibat kemalangan tersebut. Disebabkan itu , ayah saya membawa saya untuk membuat pemeriksaan X-ray. Setelah selesai X-ray pihak hospital mengesahkan bahawa bahu kanan saya telah patah akibat kemalangan tersebut. Pihak hospital memberi kebenaran berehat selama sebulan .Selain daripada mendapat rawatan hospital saya juga mendapat rawatan tradisional di kampung berdekatan rumah .




Oleh disebabkan bahu yang patah saya tidak boleh melakukan apa-apa kerja yang melibatkan tangan saya apatah lagi hendak makan .Hal ini, ibu saya terpaksa menyuapkan saya makan setiap hari .Setiap hari ada saja rakan-rakan sekolah yang datang melawat . 


Seminggu selepas kejadian tersebut saya mengalami demam panas selama seminggu .Sejak kejadian tersebut saya mengamalkan sarapan pagi setiap hari sebelum ke sekolah kerana saya tidak mahu kejadian tersebut berulang kembali .Ini merupakan kenangan yang sangat pahit yang pernah menimpa diri saya .