Tuesday 13 February 2018

OJT

GOTONG-ROYONG DI MAKMAL PERKAKASAN 

Pada 9 Februari 2018 , semua pelajar TKS sem 2 terlibat dalam aktiviti gotong-royong di makmal perkakasan. Antara gotong-royong yang dilakukan ialah mengalihkan kotak-kotak kosong yang berada di tepi dinding makmal perkakasan dan kotak kosong tersebut diletakan di satu tempat .Kotak-kotak yang dikumpul di satu tempat haruslah diasing kerana ada kotak yang perlu dibuang dan disimpan di bilik stor .Kotak motherboard yang berisi plastik sintetik haruslah diasingkan dari kotak tersebut kerana dapat digunakan untuk penggunaan masa depan.  
  
Terdapat pelbagai jenis kotak dan kotak tersebut haruslah diasing mengikut jenis saiz supaya dapat memudahkan urusan permindahan .Barangan-barangan yang tidak boleh dipakai yang berada dalam makmal perkakasan haruslah diletakkan diluar makmal untuk perlupusan hari isnin.  Selain itu, gotong-royong dilakukan juga ialah mengemaskan almari penyusunan barangan guna habis yang berada dibelakang makmal .Asingkan dan mengamalkan 5s untuk memgemaskan barangan yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi di alamari pengusunan barangan .Susun barangan yang boleh dipakai mengikut jenis yang sama degan teratur dan kemas .


SEBELUM GOTONG-ROYONG







SELEPAS GOTONG-ROYONG 




No comments:

Post a Comment