Wednesday, 28 February 2018

HTML








Hari ini saya telah menyiapkan soalan dalam Solo Learn berkenaaan HTML .


Sunday, 25 February 2018

Kemas Makmal Aplikasi

Pada 21 febuari 2018 semua pelajar diarahkan oleh Encik Afzan untuk pergi ke makmal aplikasi untuk melakukan Priventive Maintenance .Arahan yang diberikan kurang jelas kepada pelajar disesabkan itu pelajar telah melakukan kesilapan dengan membawa keluar kesemua pc untuk dibersihkan tanpa mengenal pasti kedudukan asal pc tersebut .Mereka menyangkakan arahan yang diberikan adalah mengeluarkan kesemua pc padahal sebaliknya .Arahan yang sebetulnya diberikan oleh Encik Syahrul adalah mengeluarkan satu persatu pc untuk dibersihkan di luar makmal tersebut bukannya mengeluarkan semua sekali gus.

Sebahagian pelajar melakukan pembersihan dalaman pc dan sebahagian lagi melakukan pembersihan perkakasan luaran seperti mouse,keyboard,moniter dan sebagainya .Selepas selesai pembersihan semua pelajar mengambil satu pc untuk melakukan POST Test bagi mengenal pasti komputer boleh dihidupkan .Selesai sudah melakukan POST Test semua pelajar haruslah membersihkan habuk di meja pada setiap pc tersebut .

Akhir sekali ,Encik Afzan mengarahkan semua pelajar untuk menggulung kabel secara seragam dan kemas. Setelah selesai melakukan pembersihan Encik Afzan membenarkan semua pelajar untuk pergi rehat tengah hari .

Kenangan Pahit

Hai Assalamualaikum awak-awak semua , hadirnya saya disini ingin berkongsi satu kenangan pahit yang telah terjadi pada saya sewaktu di sekolah . Waktu pagi di perhimpunan pada hari persekolahan tahun 2014 berlaku suatu tragedi pahit iaitu saya telah mengalami satu kemalangan yang melibatkan bahu dibelah kanan saya patah akibat pengsan. Hal ini berlaku kerana hari sebelumnya saya tidak makan seharian dan pada pagi tersebut saya tidak sarapan pagi sebelum saya pergi ke sekolah yang mengakibatkan saya pengsan pada hari tersebut .


Akibat merasa kesakitan pada bahu kanan, pihak sekolah membenarkan saya pulang ke rumah . Selepas saya pulang bahu kanan saya terasa amat sakit akibat kemalangan tersebut. Disebabkan itu , ayah saya membawa saya untuk membuat pemeriksaan X-ray. Setelah selesai X-ray pihak hospital mengesahkan bahawa bahu kanan saya telah patah akibat kemalangan tersebut. Pihak hospital memberi kebenaran berehat selama sebulan .Selain daripada mendapat rawatan hospital saya juga mendapat rawatan tradisional di kampung berdekatan rumah .




Oleh disebabkan bahu yang patah saya tidak boleh melakukan apa-apa kerja yang melibatkan tangan saya apatah lagi hendak makan .Hal ini, ibu saya terpaksa menyuapkan saya makan setiap hari .Setiap hari ada saja rakan-rakan sekolah yang datang melawat . 


Seminggu selepas kejadian tersebut saya mengalami demam panas selama seminggu .Sejak kejadian tersebut saya mengamalkan sarapan pagi setiap hari sebelum ke sekolah kerana saya tidak mahu kejadian tersebut berulang kembali .Ini merupakan kenangan yang sangat pahit yang pernah menimpa diri saya . 




Saturday, 17 February 2018

ISU BERKENAAN PEMBELIAN









     1.Apakah Cara Bagi Meningkatkan Kesedaran Kepenggunaan?

Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:
  • Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat
  • Mengubah tanggapan negatif kepada positif
  • Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah
    keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial
    yang berpusat dan mampan
  • Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna
  • Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud
  • Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan
  • Tahu hak dan tanggungjawab pengguna

Cara Memasang Komputer

Langkah-Langkah Memasang Komputer


Langkah Demi Langkah Memasang Komputer

Berikut ialah langkah demi langkah cara memasang komputer, 


Tahap dalam pemasangan komputer terdiri dari:

A. PERSIAPAN

B. PEMASANGAN

C. PENGUJIAN

D. PENANGANAN MASALAH (TROUBLE SHOOTING)


A. PERSIAPAN

Persiapan yang baik akan memudahkan dalam pemasangan komputer serta menghindari permasalahan yang mungkin timbul. Hal yang terkait dalam persiapan meliputi:

1. Penentuan Konfigurasi Komputer

2. Persiapan Komponen dan Perlengkapan

3. Keselamatan

Penyelesaian Troubleshooting

Penyelesaian masalah pada perkakasan Komputer (Perkakasan)
Penyelesaian Masalah pada Perkakasan Komputer (HardWare) dan Penyelesaiannya

Berdasarkan jenis penyelesaian masalah pada komputer dalam kumpulan ke dalam 2, iaitu:
     
 1. Dalaman
Masalah perkakasan dalaman adalah masalah yang sering muncul pada komponen sistem komputer yang termasuk keseluruhan kandungan CPU, antara lain:

- Memantau masalah gejala:
Monitor dimatikan
Monitor Blank
Monitor memaparkan gambar yang tidak proporsional
warna paparan tidak sepadan dengan asal
Monitpr berkedip
Penyelesaian: untuk mengatasi masalah diatas ada 2 penyelesaian yang boleh di gunakan iaitu semak butang power dalam keadaan ON, pastikan kabel power dipasang dengan benar, dn cek VGA card (dapat dari software dengan memasang semula VGA Card, dan dari perkakasan bersihkan VGA Card atau menukar dengan yang baru) Pasang kabel data dari kad VGA ke Monitor, pemasangan fizikal kabel bekalan kuasa.
  - Motherboard, masalah gejala:
CPU dimatikan
komputer dengan cepat panas atau hang
perlahan prestasi komputer
tidak boleh berkurang
komputer sentiasa meminta persediaan BIOS
Penyelesaiannya: semak semua kabel data yang dipasang, periksa keadaan bekalan kuasa dan kipas penyejuk sama ada berfungsi dengan baik atau tidak, periksa pemproses. dan memadam beberapa fail tidak penting yang membuat prestasi komputer perlahan.

Isu Kecurian Maklumat


Isu keselamatan lain yang juga penting ialah kecurian maklumat, yang terjadi apabila maklumat peribadi dan sulit dicuri. Kehilangan maklumat boleh menyebabkan kemusnahan yang besar ke atas individu dan perniagaan.


Individu-individu lazimnya menjadikan pengguna di rumah sebagai mangsa untuk mendapatkan maklumat peibadi mereka, seperti nombor kad kreadit untuk pembelian haram.

Organisasi dan perniagaan pula dijadikan sasaran bagi mendapatkan maklumat untuk dijual kepada pesaing dengan jumlah bayaran yang lumayan.

Menghalang Kecurian Maklumat

  1. Melaksanakan pengenalan pengguna dan kawalan ketulinan.
    • Contohnya : Setiap pengguna diberi ID yang unik dan nombor capaian. Ini memastikan hanya pengguna yang mempunyai kebenaran sahaja boleh membuat capaian sistem tersebut.
  2. Pengenkripsian maklumat ke format yang tidak boleh dibaca. Maklumat mesti dienkripkan semula untuk dibaca.
    • Contohnya : Maklumat sensitif, peribadi dan sulit seperti nombor kad kreadit pelanggan harus dijadikan 'tidak boleh dibaca', walaupun penceroboh berjaya mencapai sistem, maklumat yang diperolehi tidak membawa apa-apa erti.


Thursday, 15 February 2018

GOTONG-ROYONG DI KAMPUNG BELAH DUA DAN KAMPUNG BESAR


Disini saya ingin menceritakan satu pengalaman saya pada tahun lepas semasa menyertai  gotong-royong di Kampung Belah Dua dan Kampung Besar bersama semua pelajar sem 1 di ILP Perai .Pada mulanya  semua pelajar  sem 1 harus menyertai satu kem iaitu kem JPAM yang wajib dihadiri oleh semua pelajar tetakpi disebabkan oleh banjir yang melanda seluruh Negeri Pulau Pinang pihak JPAM harus menundakan aktiviti tersebut pada sem seterusnya .


Wednesday, 14 February 2018

KEM PERKAMPUNGAN MENARA GADING PULAU PINANG (PMGPP)


Hai Assalamualikum,

Saya ingin berkongsi sedikit tentang program yang telah saya sertai pada 26 Januari 2018 hingga 28 Januari 2018 selama 3 hari 2 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi .Program ini adalah berteraskan keagamaan dan untuk mengeratkan ukhuwah sesama kita. Selama 3 hari 2 malam saya mendapat pelbagai pengalaman  yang cukup menarik  dan terdapat pelbagai aktiviti yg sangat seronok.

ANTARA AKTIVITI TERSEBUT 

Pada malam pertama kem PMGPP kami diaggihkan mengikut kumpulan .Terdapat 9 kumpulan yang berada dalam aktiviti tersebut. Pada malam itu ,kami yang mewakili kumpulan 3 membuat satu permainan yang amat seronok dan kami semua perlu mempekenalkan diri kami masing-masing . Kami berkerjasama untuk melukiskan logo yang kami cadangkan untuk membuat pembetangan di hadapan semua peserta pada esok hari. 





 Ini adalah salah satu aktiviti yang terdapat di kem perkampungan menara gading (PMGPP) . Dalam aktiviti ini saya mendapat satu pengalaman baru yang tidak pernah saya alami. Aktiviti ini juga dapat mengerat hubungan kita sesama manusia dan terdapat pelbagai lagi aktiviti bersama kumpulan masing-masing .

TROUBLESHOOTING (OJT)

        CARA -CARA MENYELESAIKAN MASALAH             TROUBLESHOOTING 

 Pada 30 Januari 2018 pada hari selasa  Cik Fuad memberi  tugasan untuk menyelesaikan masalah komputer .Terdapat 3 pc dirosankan oleh Cik Fuad dan Cik Umar untuk diberikan kepada pelajar yang terpilih untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di pc tersebut.Antara masalah tersebut ialah ...........


 MASALAH PC 1
  • Masalah pertama ialah  terdapat pita perlekat pada RAM.
  • Masalah kedua ialah kabel tidak tersusun pada tempat yang betul.
PENYELESAIAN PC 2
  • Penyelesaian pertama ialah buang pita pelekat yang terlekat pada RAM dan membersihkan RAm menggunkankan pemadam pensel.
  • Penyelesain kedua ialah susunkan kabel dalam keadaan yang teratur dan kemas .
   

Tuesday, 13 February 2018

OJT

GOTONG-ROYONG DI MAKMAL PERKAKASAN 

Pada 9 Februari 2018 , semua pelajar TKS sem 2 terlibat dalam aktiviti gotong-royong di makmal perkakasan. Antara gotong-royong yang dilakukan ialah mengalihkan kotak-kotak kosong yang berada di tepi dinding makmal perkakasan dan kotak kosong tersebut diletakan di satu tempat .Kotak-kotak yang dikumpul di satu tempat haruslah diasing kerana ada kotak yang perlu dibuang dan disimpan di bilik stor .Kotak motherboard yang berisi plastik sintetik haruslah diasingkan dari kotak tersebut kerana dapat digunakan untuk penggunaan masa depan.  
  
Terdapat pelbagai jenis kotak dan kotak tersebut haruslah diasing mengikut jenis saiz supaya dapat memudahkan urusan permindahan .Barangan-barangan yang tidak boleh dipakai yang berada dalam makmal perkakasan haruslah diletakkan diluar makmal untuk perlupusan hari isnin.  Selain itu, gotong-royong dilakukan juga ialah mengemaskan almari penyusunan barangan guna habis yang berada dibelakang makmal .Asingkan dan mengamalkan 5s untuk memgemaskan barangan yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi di alamari pengusunan barangan .Susun barangan yang boleh dipakai mengikut jenis yang sama degan teratur dan kemas .

Wednesday, 7 February 2018

Web Development

Hai,
Hari ini saya belajar tentang bagaimana menggunakan jadual html . Ini adalad code contoh, anda boleh lihat dibawah .
 Bye jumpa lagi .

<center>
<h2>SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML </h2>
<table border="1">
<tr>
<th>KURSUS</th>
<th>3 HARI</th>
<th>6 HARI</th>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2008</td>
<td>RM500</td>
<td>RM1000</td>  
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2013</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS WEB DESINGN</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
</table>

Hasilnya :

SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML

KURSUS 3 HARI 6 HARI
KURSUS MICROSOFT SERVER 2008 RM500 RM1000
KURSUS MICROSOFT SERVER 2013 RM300 RM600
KURSUS WEB DESINGN RM300 RM600