Hai Assalamualikum,
Saya ingin berkongsi sedikit tentang program yang telah saya sertai pada 26 Januari 2018 hingga 28 Januari 2018 selama 3 hari 2 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi .Program ini adalah berteraskan keagamaan dan untuk mengeratkan ukhuwah sesama kita. Selama 3 hari 2 malam saya mendapat pelbagai pengalaman yang cukup menarik dan terdapat pelbagai aktiviti yg sangat seronok.
ANTARA AKTIVITI TERSEBUT
Pada malam pertama kem PMGPP kami diaggihkan mengikut kumpulan .Terdapat 9 kumpulan yang berada dalam aktiviti tersebut. Pada malam itu ,kami yang mewakili kumpulan 3 membuat satu permainan yang amat seronok dan kami semua perlu mempekenalkan diri kami masing-masing . Kami berkerjasama untuk melukiskan logo yang kami cadangkan untuk membuat pembetangan di hadapan semua peserta pada esok hari.
Ini adalah salah satu aktiviti yang terdapat di kem perkampungan menara gading (PMGPP) . Dalam aktiviti ini saya mendapat satu pengalaman baru yang tidak pernah saya alami. Aktiviti ini juga dapat mengerat hubungan kita sesama manusia dan terdapat pelbagai lagi aktiviti bersama kumpulan masing-masing .
No comments:
Post a Comment