Showing posts with label #ISUKEPENGGUNAAN. Show all posts
Showing posts with label #ISUKEPENGGUNAAN. Show all posts

Saturday, 17 February 2018

ISU BERKENAAN PEMBELIAN









     1.Apakah Cara Bagi Meningkatkan Kesedaran Kepenggunaan?

Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:
  • Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat
  • Mengubah tanggapan negatif kepada positif
  • Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah
    keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial
    yang berpusat dan mampan
  • Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna
  • Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud
  • Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan
  • Tahu hak dan tanggungjawab pengguna

Isu Kecurian Maklumat


Isu keselamatan lain yang juga penting ialah kecurian maklumat, yang terjadi apabila maklumat peribadi dan sulit dicuri. Kehilangan maklumat boleh menyebabkan kemusnahan yang besar ke atas individu dan perniagaan.


Individu-individu lazimnya menjadikan pengguna di rumah sebagai mangsa untuk mendapatkan maklumat peibadi mereka, seperti nombor kad kreadit untuk pembelian haram.

Organisasi dan perniagaan pula dijadikan sasaran bagi mendapatkan maklumat untuk dijual kepada pesaing dengan jumlah bayaran yang lumayan.

Menghalang Kecurian Maklumat

  1. Melaksanakan pengenalan pengguna dan kawalan ketulinan.
    • Contohnya : Setiap pengguna diberi ID yang unik dan nombor capaian. Ini memastikan hanya pengguna yang mempunyai kebenaran sahaja boleh membuat capaian sistem tersebut.
  2. Pengenkripsian maklumat ke format yang tidak boleh dibaca. Maklumat mesti dienkripkan semula untuk dibaca.
    • Contohnya : Maklumat sensitif, peribadi dan sulit seperti nombor kad kreadit pelanggan harus dijadikan 'tidak boleh dibaca', walaupun penceroboh berjaya mencapai sistem, maklumat yang diperolehi tidak membawa apa-apa erti.