Hai Assalamualaikum awak-awak semua , hadirnya saya disini ingin berkongsi satu kenangan pahit yang telah terjadi pada saya sewaktu di sekolah . Waktu pagi di perhimpunan pada hari persekolahan tahun 2014 berlaku suatu tragedi pahit iaitu saya telah mengalami satu kemalangan yang melibatkan bahu dibelah kanan saya patah akibat pengsan. Hal ini berlaku kerana hari sebelumnya saya tidak makan seharian dan pada pagi tersebut saya tidak sarapan pagi sebelum saya pergi ke sekolah yang mengakibatkan saya pengsan pada hari tersebut .
Akibat merasa kesakitan pada bahu kanan, pihak sekolah membenarkan saya pulang ke rumah . Selepas saya pulang bahu kanan saya terasa amat sakit akibat kemalangan tersebut. Disebabkan itu , ayah saya membawa saya untuk membuat pemeriksaan X-ray. Setelah selesai X-ray pihak hospital mengesahkan bahawa bahu kanan saya telah patah akibat kemalangan tersebut. Pihak hospital memberi kebenaran berehat selama sebulan .Selain daripada mendapat rawatan hospital saya juga mendapat rawatan tradisional di kampung berdekatan rumah .
Oleh disebabkan bahu yang patah saya tidak boleh melakukan apa-apa kerja yang melibatkan tangan saya apatah lagi hendak makan .Hal ini, ibu saya terpaksa menyuapkan saya makan setiap hari .Setiap hari ada saja rakan-rakan sekolah yang datang melawat .
Seminggu selepas kejadian tersebut saya mengalami demam panas selama seminggu .Sejak kejadian tersebut saya mengamalkan sarapan pagi setiap hari sebelum ke sekolah kerana saya tidak mahu kejadian tersebut berulang kembali .Ini merupakan kenangan yang sangat pahit yang pernah menimpa diri saya .
No comments:
Post a Comment